Sunday, March 24

Assalamualaikum. .
Salam Sayang buat semua.
setelah sekian lama menghilangkan diri, kini aku muncul semula..
banyak perkara yang berlaku dalam hidup yang sememangnya aku tidak ingin ianya terjadi. .
Kisah ini dan kisah itu, kisah dia dan kisah aku. .tapi ada aku KESAH. .hehe
Dugaan dan dugaan serta dugaan lagi. .
perasaan, kesakitan dan permainan hati yang menjadi agenda utama Syaitan. .
Kerana hidup tidak selalunya indah, maka hati perlu berpegang pada kata-kata itu.
Mainan perasaan yang sering menjadi tajuk utama dalam kehidupan insan
TAPI
itu tak perlu dipersoalkan kerana semua manusia ada perasaan. .
sekali lagi aku tekankan SEMUA. .
bukan saja aku, tapi engkau dan juga mereka. 
perasaan itu milik Allah yang Esa. 
tak perlu kau persoalkannya, hari ini kau suka, mungkin saja esok tak.
hari ini kau sayang, esok belum tentu lagi kekal sayang. .
tapi perasaan itu juga penting, kat situ kita tahu yang mana cinta, sayang dan benci. .
Kehidupan tidak semestinya untuk berkasih sayang sahaja. .
Adakalanya perasaan benci itu lebih baik.
Mohon agar engkau mengerti. .
Sesuatu perasaan itu tidak akan kekal kecuali dengan izin dari-Nya. .
Masa adalah ubat yang paling berkesan. .
Dan doa berserta kesabaran itulah yang terhebat.


 
 

Monday, November 19

Ada lagi lebih kurang 2 minggu sebelum cuti sem berakhir.
then, sem baru pon memunculkan diri. .ntah ape la yang menanti untuk sem 4. . 
 Yang pasti aku seram dgn 
MUET. .
perasaan takut menyelubungi aku. english aku dah la kemana. .berterabur. .
ohh..mohon dipermudahkan segala2nya. .

Aku tak berharap terlalu tinggi utk sem depan. 
cukup la sekadar aku mampu bertahan dan kuat menghadapi segala bagai rintangan dan ujian yang akan mendatang. .

Sememangnya setiap sem mempunyai ceritanya sendiri
Bagaimana jangka masa 6 bulan mampu mengubah hubungan seseorang itu. .
yeelah, langit tidak selalu cerah. .begitu juga dengan hubungan. .
tak kira la hubungan percintaan atau persahabatan.
Manusia akan berubah kalau itu adalah kehendaknya sendiri.
Dan ini adalah realiti 
KEHDUPAN.
 
Walaupun masih banyak kekurangan dalam hidup aku
tapi aku tetap gembira dan bersyukur..
disisi mereka yang menyayangi dan menghargai seadanya aku.
sejujurnya aku tak sempurna. 
Dan sebanyak mana pun aku cuba, aku tetap tak boleh jadi sempurna. .
Maafkan aku.
 
hidup aku hanya aku yang tahu.
Tapi kalau kau tahu tentang aku, means engkau adalah someone 'special' buat aku.
mungkin kau rasa aku tak hargai kau, but the truth i really do appreciate you. .
tak kesah la kite kenal berapa lama, tapi kalau kau ikhlas dan jujur dengan aku. .
kau adalah SAHABAT. .
doa aku moga kau tetap bertahan untuk terus berada disisi aku selalu. .
bertahan dengan kerenah aku, sikap panas baran dan sensitif aku, sakit aku dan gembira aku. .
Asal kau tahu kau sebahagian drpd hidup aku..
Doa aku tak akn pernah putus buat kau. .
SELALU
 



Saturday, November 10

hoLidAy. .lalala

Almost 3weeks aku kat umah. .x0x0 perasaan aku. .xpayah nak kate la kan. . bosan yang teramat sangat. .sampai dah tatahu ape yg nak dibuat. .alone, lonely. .sesemua la. tapi xrase plak nak balik kelantan. .xsedia lagi nak ngadap buku and kuliah2 yg segala bagai. boleh *STRESS aku dibuatnya. mengenangkan result yg entah ape. .sayu dan pilu jantung aku. salah siapa? xde salah sape2. .hikhik. itu semua rezeki, xbaik buat diri sendiri rase bersalah. .just ALLAH knows every single thing for us. think positive and smile. .apepon result kolej yg paling mendebarkan aku. TDM. .saya masih ingin menetap di kolej, terimalah saya. .Ayah dah start bertanya tentang kolej. .*dapat kolej x kak. .haiyaa. ??? tktahu nak jwb ape maa. segala aktiviti aku attend sbb kupon kecuali waktu2 malas tu xla kan. penat lelah tak terkata. .berpeluh segala urat saraf ni habaq hang. .ni bukan metafora semata-mata. .kisah sebenar seorang siswi taw. .ecece. currently 2.09 a.m. kenapa aku tak tidur lagi. .ni la rutin harian aku. .xpyah pelik..lepas subuh pon aku still xtido lg. .mata mengada-ngada. .mcm tuan die,manyak songeh. okay ler, dengan lafaz Assalammualaikum entri ini berakhir. .*fullstop

Tuesday, March 6

pantaii..

Disebabkan tekanan yang aq alami,sampai la aq ke bkt. kluang..semestinya kepergian ku diiringi rakan2 yang tersayang [elin,ina,etty,nisa,zaa,anis,firas,aqil]..thanks korang..Sungguh indah ciptaan Allah..subhanallah..rugi x rakam senyuman aq..mmg penat asyik senyum jek..x abis2 snap gambar..mcm2 gaya..masa selama 2 jam mmg x menghampakan aq..deruan angin beserta ombak,amat membuai perasaan ku..ececee..semuanya dipermudahkan dari permulaan perancangan hinggalah penghabisan,alhamdulillah..x rugi kiteorang menapak sehingga ke terengganu nuh..mmg fun..sememangnya aq memperolehi ketenangan yg aq harapkan..memories dihari2 terakhir semester 2..mekacih kawan..thank you Allah..

                            keindahan pantai..hewhew..


                            my lovely peers..korang the best..

Thursday, February 16

bLOgGer tiMe huhh..

nie la yg aku ngah wat skunk nie...hamboi, hamboi...bukan main lagi..x de kje lain la nie..=]