Sunday, March 24

Assalamualaikum. .
Salam Sayang buat semua.
setelah sekian lama menghilangkan diri, kini aku muncul semula..
banyak perkara yang berlaku dalam hidup yang sememangnya aku tidak ingin ianya terjadi. .
Kisah ini dan kisah itu, kisah dia dan kisah aku. .tapi ada aku KESAH. .hehe
Dugaan dan dugaan serta dugaan lagi. .
perasaan, kesakitan dan permainan hati yang menjadi agenda utama Syaitan. .
Kerana hidup tidak selalunya indah, maka hati perlu berpegang pada kata-kata itu.
Mainan perasaan yang sering menjadi tajuk utama dalam kehidupan insan
TAPI
itu tak perlu dipersoalkan kerana semua manusia ada perasaan. .
sekali lagi aku tekankan SEMUA. .
bukan saja aku, tapi engkau dan juga mereka. 
perasaan itu milik Allah yang Esa. 
tak perlu kau persoalkannya, hari ini kau suka, mungkin saja esok tak.
hari ini kau sayang, esok belum tentu lagi kekal sayang. .
tapi perasaan itu juga penting, kat situ kita tahu yang mana cinta, sayang dan benci. .
Kehidupan tidak semestinya untuk berkasih sayang sahaja. .
Adakalanya perasaan benci itu lebih baik.
Mohon agar engkau mengerti. .
Sesuatu perasaan itu tidak akan kekal kecuali dengan izin dari-Nya. .
Masa adalah ubat yang paling berkesan. .
Dan doa berserta kesabaran itulah yang terhebat.


 
 

No comments:

Post a Comment